Monday, 27 July 2015

SEJUTA RINGGIT MALAYSIA SETAHUN UNTUK SEKOLAH BEBAS DADAH

                             
                   1 JUTA SETAHUN UNTUK SEKOLAH BEBAS DADAH
                                   
          PERMUAFAKATAN Program Sahabat Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) antara Kementerian Pelajaran dan Petronas yang termeterai adalah sejajar usaha semua pihak memastikan matlamat Sekolah Bebas Dadah 2012 tercapai.

Peruntukan yang disumbangkan oleh Petronas iaitu sebanyak RM1 juta setahun sehingga tempoh lima tahun bermula tahun ini sehingga 2013 adalah amat dialu-alukan.


Kata Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang.
 beliau yakin program tersebut akan dapat dilaksanakan dan memberi kesan maksimum kepada para pelajar.

"Kerjasama ini menunjukkan komitmen semua pihak dan juga kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Petronas untuk memastikan sekolah bebas dadah pada tahun 2012,'" katanya.




Sementara itu Naib Presiden Bahagian Pendidikan Petronas, Datuk Dr. Rosti Saruwono berharap matlamat program tersebut akan berterusan sehingga pelajar menamatkan persekolahan.
"Saya berharap semangat memerangi dadah dalam kalangan pelajar ini tidak habis di sekolah sebaliknya terus hidup sampai bila-bila," katanya.


Majlis menandatangani perjanjian pintar di antara kedua-dua pihak telah diadakan di Kementerian Pelajaran, Putrajaya dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim.