Monday, 27 July 2015

DASAR AADK DALAM MENANGANI DADAH



                                                         DASAR DADAH NEGARA

    Kerajaan telah mewujudkan beberapa dasar, yang mana dasar ini bertujuan untuk mengekalkan keharmonian negara. Antara dasar tersebut ialah Dasar Sosial Negara dan Dasar Dadah Negara. Hal ini menunjukkan Kerajaan begitu komited terhadap masalah sosial negara.Selain itu juga, Kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang dan menjalankan beberapa penagkapan secara besar-besaran .Oleh itu, setiap orang mestilah mengambil berat terhadap hal ini. Sekaligus membantu mempertahankan kedaulatan negara tercinta.

Remaja yang dikira sebagai aset negara , mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dengan gejala sosial serta menanamkan semangat cinta akan negara. Dasar dadah negara juga, telah menyasarkan negara bebas dadah pada tahun 2015. Langkah jangka masa pendek pula, ini bertujuan untuk kita menyedari adanya berubahan yang dilakukan oleh kerajaan setiap masa.

OBJEKTIF DASAR AADK DALAM MENANGANI MASALAH DADAH

                               

                                            OBJEKTIF DASAR DADAH NEGARA






Objektif Dasar Dasar Negara telah mentapkan untuk menghapuskan permintaan dadah dan menghapuskan bekalan dadah sehingga mewujudkan negara yang harmoni dengan meletakkan empat rasional yang utama .Pertama keluarga bebas dadah, kerajaan berharap agar keluarga yang bebas dadah ini akan melahirkan generasi yang bebas dadah dan  akan berbakti kepada negara.Selain itu,    Kerajaan juga ingin mewujudkan institusi pendidikan bebas dadah . Apabila institusi ini wujud maka masalah dadah dalam kalangan pelajar dapat diatasi.Tempat kerja bebas dadah pula ini dapat meningkatkan kualiti kerja pekerja kerana tiada gangguan seperti dadah,sekaligus meningkatkan ekonomi negara. Akhir sekali adalah kawasan bebas dadah , yang mana setiap penduduk di kawasan tersebut tidak terjebak dengan najis dadah.

SEJUTA RINGGIT MALAYSIA SETAHUN UNTUK SEKOLAH BEBAS DADAH

                             
                   1 JUTA SETAHUN UNTUK SEKOLAH BEBAS DADAH
                                   
          PERMUAFAKATAN Program Sahabat Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) antara Kementerian Pelajaran dan Petronas yang termeterai adalah sejajar usaha semua pihak memastikan matlamat Sekolah Bebas Dadah 2012 tercapai.

Peruntukan yang disumbangkan oleh Petronas iaitu sebanyak RM1 juta setahun sehingga tempoh lima tahun bermula tahun ini sehingga 2013 adalah amat dialu-alukan.


Kata Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang.
 beliau yakin program tersebut akan dapat dilaksanakan dan memberi kesan maksimum kepada para pelajar.

"Kerjasama ini menunjukkan komitmen semua pihak dan juga kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Petronas untuk memastikan sekolah bebas dadah pada tahun 2012,'" katanya.




Sementara itu Naib Presiden Bahagian Pendidikan Petronas, Datuk Dr. Rosti Saruwono berharap matlamat program tersebut akan berterusan sehingga pelajar menamatkan persekolahan.
"Saya berharap semangat memerangi dadah dalam kalangan pelajar ini tidak habis di sekolah sebaliknya terus hidup sampai bila-bila," katanya.


Majlis menandatangani perjanjian pintar di antara kedua-dua pihak telah diadakan di Kementerian Pelajaran, Putrajaya dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim.