Monday, 27 July 2015

OBJEKTIF DASAR AADK DALAM MENANGANI MASALAH DADAH

                               

                                            OBJEKTIF DASAR DADAH NEGARA






Objektif Dasar Dasar Negara telah mentapkan untuk menghapuskan permintaan dadah dan menghapuskan bekalan dadah sehingga mewujudkan negara yang harmoni dengan meletakkan empat rasional yang utama .Pertama keluarga bebas dadah, kerajaan berharap agar keluarga yang bebas dadah ini akan melahirkan generasi yang bebas dadah dan  akan berbakti kepada negara.Selain itu,    Kerajaan juga ingin mewujudkan institusi pendidikan bebas dadah . Apabila institusi ini wujud maka masalah dadah dalam kalangan pelajar dapat diatasi.Tempat kerja bebas dadah pula ini dapat meningkatkan kualiti kerja pekerja kerana tiada gangguan seperti dadah,sekaligus meningkatkan ekonomi negara. Akhir sekali adalah kawasan bebas dadah , yang mana setiap penduduk di kawasan tersebut tidak terjebak dengan najis dadah.