Wednesday, 29 July 2015

JOM AMALAKAN GAYA HIDUP SIHAT SEHARIAN

GAYA HIDUP SIHAT


Image result for GAYA HIDUP SIHAT





Kini semakin ramai rakyat Malaysia yang memilih mengamalkan cara hidup sihat. Lebih mudah untuk mengekalkan kesihatan yang baik sekiranya anda tahu mengamalkan cara hidup yang sihat.

Anda akan kelihatan hebat, rasa sihat dan lebih bertenaga untuk menikmati kehidupan. Mulakan dengan makan secara sihat. Nikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang terdiri dari empat aras makanan. Aras satu mengandungi pelbagai jenis bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian. Aras dua pula terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Daging dan kekecang berada di aras tiga begitu juga dengan susu, dadih dan keju. Mana kala gula, garam, lemak dan makanan yang tinggi dengan kandungannya berada di aras empat.

Lebihkan makan makanan yang berada di aras paling atas, Seimbangkan dan pelbagaikan pilihan makanan daripada setiap aras dan makan mengikut waktu yang teratur untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Pilihlah snek yang berkhasiat, elakkan mengambil snek pada waktu yang hampir dengan waktu makan utama.Makan dengan jumlah yang sepatutnya , minumlah enam hingga lapan gelas air sehari. Makan secara berlebihan dan kekurangan aktiviti fizikal akan membawa kepada obesity.

Gunakan indeks jisim badan (BMI) atau IJB untuk menentukan berat badan sama ada anda mempunyai berat badan yang sihat. Untuk mengira IJB anda, bahagikan berat badan anda dalam kilogram dan ketinggian anda dalam meter persegi. IJB di antara 18.5 dan kurang daripada 25 adalah berat badan yang sihat. Jika IJB anda 25 dan ke atas ini bermakna anda berlebihan berat badan.

Lakukan aktiviti fizikal untuk kesihatan anda. Gabungkan aktiviti fizikal seperti berjalan, mengemop lantai, menaiki tangga dan bermain sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Bersenamlah tiga hingga lima kali seminggu sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit setiap sesi untuk kesihatan jantung.

Libatkan diri dalam aktiviti aerobic seperti berjalan pantas, berjoging, menunggang basikal, bermain atau bersukan. Memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkan badan selepas bersenam dapat menghindarkan kecederaan dan meningkatkan prestasi. Pakailah pakaian yang longgar dan ringan serta kasut yang sesuai.

Minumlah air yang secukupnya sebelum, semasa dan selepas bersenam. Jangan sesekali bersenam sekiranya anda tidak sihat atau mengalami sakit-sakit badan atau ketidakselesaan. Bersenamlah dengan cara yang betul dan selamat supaya anda lebih bertenaga dan bertambah kuat.

Bidang sukan yang boleh diceburi :

  • badminton
  • bola sepak
  • bola baling
  • bola keranjang
  • bola jaring
  • sepak takraw
  • rejam lembing
  • lontar peluru
  • rugby
  • lompat jauh
  • lompat tinggi
  • lari pecut
dan banyak lagi .





CARA HIV BERTINDAK DAN DISEBARKAN

CARA HIV BERTINDAK



Lazimnya, sistem pertahanan manusia bertindak sebagai perisai yang melindungi manusia daripada bakteria, virus dan sebagainya. Apabila virus HIV masuk dalam badan, ia mula merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil  sel pembantu CD4. Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh. HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain.

Apabila perisai ini lemah atau hilang, individu terbabit dikatakan dijangkiti AIDS. Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.



Seseorang yang positif HIV dikatakan mempunyai AIDS apabila daya pertahanan badannya telah dirosakkan oleh virus HIV dan ditimpa jangkitan HIV yang teruk. Tanda-tanda jangkitan HIV dan AIDS mungkin tidak jelas untuk beberapa tahun dan seseorang mungkin tidak mengetahui yang dia telah mendapat penyakit ini. Walaubagaimanapun individu terbabit masih boleh meyebarkan virus HIV kepada orang lain pada peringkat ini. Jangkamasa tanda-tanda ini timbul bergantung kepada individu. Jika individu yang positif HIV tidak mendapatkan rawatan, ia akan mengambil purata 8-10 tahun daripada HIV kepada AIDS.

CDC Amerika Syarikat mendefinasikan AIDS di kalangan orang dewasa and remaja yang berumur 13 tahun ke atas dengan kewujudan satu atau lebih dari 26 penyakit yang menandakan pemendaman sistem daya pertahanan immunosuppression teruk dikaitkan dengan jangkitan HIV, seperti pneumocystis carinii pneumonia (PCP), satu keadaan yang amat jarang di kalangan mereka yang sihat tanpa jangkitan HIV. Kebanyakan keadaan ditakrifkan sebagai AIDS juga merupakan "jangkitan mengambil peluang" yang jarang mendatangkan bahaya pada orang yang sihat.

Diagnosis AIDS juga diberikan kepada individual dijangkiti HIV apabila kiraan sel-T CD4+ jatuh di bawah 200 sel/millimeter padu (mm3) darah. Orang dewasa sihat biasanya mempunyai bilangan sel-T CD4+ sekitar 600-1,500/mm3 darah. Bagi kanak-kanak dijangkiti HIV di bawah umur 13 tahun, takrifan CDC bagi AIDS adalah sama dengan remaja dan dewasa, kecuali dengan tambahan jangkitan yang biasa dilihat bagi pesakit kanak-kanak dengan HIV.

Secara ringkas, apabila sistem pertahanan tubuh dilumpuhkan oleh penyakit AIDS/HIV, tanda-tandanya termasuk:
  • Terlalu lemah dan lesu
  • Penurunan berat badan yang mendadak
  • Demam panas yang kerap
  • Peluh malam
  • Kelenjar limfa membengkak
  • Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
  • Cirit-birit yang kronik
  • Batuk kronik
  • Hilang ingatan
  • Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat

CARA SEBARAN


Cara sebaran

HIV/AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan:
  • Perhubungan seks tanpa kondom
  • Penerimaan darah yang tercemar
  • Perkongsian jarum suntikan dadah
  • Dari ibu ke anak semasa mengandung atau pelahiran atau menyusu
HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar melalui:
  • Perciuman atau berpeluk
  • Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja
  • Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya
  • Berenang di kolam renang awam
  • Gigitan nyamuk atau serangga lain

KESAN-KESAN DADAH SI DURJANA

            
                                  FAKTOR KESAN
Jenis dadah
Cara penggunaan
Keadaan pengguna
Jumlah dadah digunakan
Situasi ketika menggunakan dadah
 

 
                                      KESAN FIZIKAL
Berat badan terjejas
Mata menjadi merah
Kadar degupan jantung berkurangan
Tubuh menggigil akibat penurunan kadar metabolis
 Kadar pernafasan menjadi lebih pendek dan perlahan
Pengaruhnya terhadap sistem penting pada tubuh bada




KESAN MENTAL
      Kesan dan akibat pengaruh dadah pada otok dan minda ialah kesan psikologi. Ini termasuk rasa seronok dan khayal. Pada masa yang sama seseorang itu akan hilang kawalan diri dan pemikiran. Sekiranya bekalan dadah tidak diperolahi,mereka akan berasa keluh-kesah , gian dan amat derita. Matanya akan berair , hidung berhingus , perut berasa sakit dan perit , kadang kala muntah dan cirit-birit. Kesan-kesan ini sungguh menyakitkan dan tidak diingini.















KESAN SOSIAL
  • Rumah tangga menjadi porak peranda
  • Perpisahan dan percerian antara ahli keluarga
  • Harapan ibu bapa ke atas anak menjadi musnah
  • Maruah dan nama baik keluarga tercemar dalam kalangan masyarakat
  • Hilang minat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap pekerjaan,keluarga serta masyarakat
  • Prestasi dan disiplin kerja merosot,tingkah laku dan sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan sebelumnya

HIV VERSUS AIDS

HIV DAN AIDS

Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau lebih dikenali sebagai AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome) (Sindrom Kelemahan/Kekurangan Imun Perolehan) ialah satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).


AIDS disebabkan oleh virus HIV yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan. Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Sistem pertahanan badan yang tidak berfungsi menjadikan individu mudah dijangkiti bakteria dan virus-virus lain yang boleh menyebabkan sakit teruk.





Asal usul AIDS dan HIV telah menjadi tanda tanya saintis semenjak penyakit itu mula dikenalpasti pada awal tahun 1980-an. Kes pertama yang dikenalpasti sebagai AIDS berlaku di Amerika Syarikat pada awal tahun 1980-an apabila kebanyakan lelaki homoseksual di New York dan California menunjukkan jangkitan penyakit luar biasa dan kanser yang sukar dirawat. Pada masa itu, AIDS tidak mempunyai nama tetapi jelas pesakit-pesakit tersebut menunjukkan gejala sindrom yang sama.
Pada tahun 1982, pegawai-pegawai kesihatan mula mengunakan istilah "acquired immunodeficiency syndrome" atau AIDS untuk menerangkan kejadian-kejadian jangkitan luar biasa ini seperti barah Karposi Sarcoma dan pneumonia di kalangan masyarakat yang sebelum ini sihat.


Laporan dan pengesanan pesakit AIDS secara rasmi bermula pada tahun itu di Amerika Syarikat. Pada tahun 1983, para saintis menemui virus yang mengakibatkan AIDS. Virus ini pada mulanya dinamakan HTLV-III/LAV (human T-cell lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) oleh sekumpulan saintis antarabangsa. Nama ini kemudian ditukar kepada HIV (human immunodeficiency virus).


Buat masa ini, para saintis masih tidak jelas tentang asal usul HIV dan bagaimana ia tersebar di kalangan masyarakat manusia. Kebanyakan saintis percaya bahawa HIV berasal dari primat lain. Kemudian pada tahun 1999, sekumpulan saintis telah melaporkan bahawa mereka telah menjumpai asal-usul HIV-1, jenis utama virus HIV yang terdapat di negara-negara maju. Satu subspesis cimpanzi, yang berasal dari Barat Afrika telah dikenalpasti sebagai punca virus ini. Mereka percaya bahawa HIV-1 didedahkan kepada manusia apabila pemburu-pemburu ini didedahkan kepada darah cimpanzi yang dijangkiti oleh virus ini.


Antara kajian yang dilakukan pada masa ini mendapati HIV yang paling awal diketahui dalam manusia ialah daripada contoh darah yang diambil daripada seorang lelaki pada tahun 1959 di Kinshasa, Republik Demokratik Congo. Cara bagaimana dia dijangkiti virus ini bagaimanapun tidak diketahui. Berdasarkan analisis genetik ke atas sempel darah menunjukkan kemungkinan jangkitan itu berasal daripada satu virus pada akhir tahun 1940-an atau awal tahun 1950-an.



INHALAN PENGANTI DADAH




INHALAN


Inhalan  adalah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap yang boleh dijumpai dalam lebih 1000 produk rumah seperti aerosol, pelekat, deodoran, penyembur rambut, minyak wangi, penyegar udara, gasolin, cecair pemetik api dan cat.


Inhalan boleh dihidu secara terus daripada bekas terbuka, atau menggunakan kain yang direndam ke dalam bahan kimia tersebut dan meletakkannya berhampiran muka. Selain itu, bekas terbuka atau kain lembab itu boleh diletakkan dalam beg plastik dan sebelum dihidu.


Inhalan dikatakan boleh menyebabkan kematian sel otak. Disebabkan sel otak yang baru tidak lagi terbentuk selepas kelahiran, ini bererti penagih inhalan yang tegar akan berhadapan dengan risiko kecacatan akal. Kadangkala inhalan ini turut digunakan oleh penagih dadah yang tiada duit.

ARAK DAN ALKOHOL

ALKOHOL


Dalam kimia, satu alkohol adalah mana-mana sebatian organik dalam mana satu hidroksil kumpulan terikat kepada atom karbon, yang mana sebaliknya juga terikat kepada hidrogen atau atom karbon lain. Formula am untuk alkohol asiklik adalah CnH2n+1OH .Alkohol juga dijadikan arak dan bahan untuk minyak wangi dan banyak lagi.





ARAK

Arak yang juga dikenali sebagai “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.


Tetapi, untuk yang bersara pada wilayah yang sejuk, umpamanya wilayah Eropah, arak kerap digunakan sebagai penghangat bagi tubuhnya. Di samping itu, ia juga dipercayai boleh mengekalkan kesihatan.


Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah mazhab Kristian dan Buddha , mengharamkan pengambilan arak. Di kebanyakan negara, penjualannya diharamkan oleh kerajaan kerana ia memberi amat berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak.


Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia, di antaranya :-
  • Merosakkan akal fikiran dan kesihatan
  • Merosakkan akhlak dan akidah seseorang
  • Memalingkan manusia daripada ingatkan Allah dan daripada mengerjakan solat
  • Membawa manusia ke arah kemurkaan Allah
  • Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia
  • Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara.
Lihatlah berapa ramai nyawa mangsa di jalanraya, bunuh-membunuh, rogol, zina, pelacuran, kes liwat, dan pelbagai kejahatan berpunca daripada ARAK.




KIMIA DALAM ROKOK . SUNGGUH MENJIJIKKAN !


BAHAN KIMIA DALAM ROKOK


Ini adalah beberapa bahan kimia yang terkandung di dalam rokok: Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok merasa tenang. Tar, yang terdiri daripada lebih daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat karsinogen. Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano. Benzene, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna. Cadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif. Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai metil alkohol. Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana. Amonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu. Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat. Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak. Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus. Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta.






PENGUNAAN



Kira-kira 5.5 trilion rokok dihasilkan secara global pada setiap tahun dan dihisap oleh lebih 1.1 bilion penduduk atau lebih besar daripada satu per enam bagi penduduk dunia. Manakala kadar-kadar merokok telah mendatar atau menurun di negara-negara maju, mereka terus naik di bahagian yang sedang membangun dalam dunia. Kadar merokok di Amerika Syarikat telah jatuh separuh dari 1965 hingga 2006 jatuh daripada 42% ke 20.8% untuk orang dewasa. Dalam pembangunan dunia, penggunaan tembakau sedang meningkat 3.4% pada setiap tahun.

ROKOK MENGUNDANG LAGI MASALAH


ROKOK


Rokok merupakan silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicincang. Rokok dibakar hujungnya dan dibiarkan membara supaya asapnya dapat disedut melalui mulut pada hujung yang lain.

Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.

Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh.

Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.

SEJARAH DADAH YANG JARANG DIKETAHUI



SEJARAH DADAH


Penggunaan dadah sebegini memang sudah lama wujud dalam sejarah manusia. Kaedah tertua dan paling meluas ialah dengan meminum arak. Selain itu, merokok tembakau (nikotina di dalam tembakau ialah bahan psikoaktif) juga digunakan oleh orang orang Asia dan Amerika sebelum abad ke 16 . Kanabis juga pernah mendapat tempat sebagai salah satu dadah rekreasi yang terkenal pada suatu masa dulu.
Penggunaan opium(diekstrak daripada popi) untuk rekreasi adalah menjadi satu kebiasaan bagi orang Asia yang kemudiannya merebak ke Barat. Penggunaan Opium memuncak pada abad ke-19 setelah Britain dan beberapa kuasa barat mendesak China untuk membenarkan opium diimport daripada India dan beberapa negara Asia yang lainKokaina dan heroin dijual sebagai ubat berpaten pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, dan digunakan sebagai ubat untuk beberapa jenis penyakit.
Pada mulanya, banyak bahan digunakan sebagai dadah rekreasi, tetapi mula ditinggalkan atas pelbagai sebab. Salah satunya ialah faktor agama. Misalnya Islam mengharamkan pengambilan minuman beralkohol atau arak, dan semua agama yang lain mengutuk penggunaan dadah untuk tujuan rekreasi, walaupun membenarkan pengambilan arak dan rokok tembakau. Bagi Islam pengambilan dadah adalah sama seperti meminum arak, oleh itu dadah untuk rekreasi juga diharamkan. Walau bagaimanapun, hukum untuk rokok masih lagi kabur.
Pada abad ke-20, sesetengah negara Barat, terutama Amerika Syarikat (AS) telah mengharamkan penggunaan dadah untuk rekreasi. AS juga telah mendesak (secara diplomasi, tekanan ekonomi dan ketenteraan) negara lain untuk mengikut jejak langkah mereka. Misalnya tumbuhan Jepun bergelar hemp (tergolong dalam kumpulan Kanabis) yang pada satu masa dahulu ditanam secara meluas sebagai sumber serabut tekstil ( textile fiber ) terpaksa dimusnahkan semasa pendudukan Amerika Syarikat selepas Perang Dunia II. Pada masa kini, tumbuhan itu hanya dibenarkan hidup di dalam kawasan pemeliharaan biologi terkawal sahaja.


KENALI DADAH


JENIS DADAH


1. ANALGESIK

Analgesik ialah istilah yang digunakan untuk mewakili kumpulan dadah yang digunakan sebagai penahan sakit. Dadah analgesik termasuk nonsterodial anti-inflammatory drugs ( NSAID ) seperti salisilat, dadah narkotik seperti morfina dan dadah sintesis bersifat narkotik seperti tramadol.
NSAID seperti aspirin, naproxen, dan ibuprofen bukan sahaja melegakan kesakitan, malah dadah ini juga boleh mengurangkan demam dan kepanasan. Analgesik bersifat narkotik seperti opioid dan opidium boleh menekan sistem saraf utama dan mengubah persepsi terhadap kesakitan ( noiception ). Dadah jenis ini adalah lebih berkesan mengurangkan kesakitan berbanding NSAID.
Analgesik seringkali digunakan secara gabungan serentak, misalnya bersama parasetamol dan kodaina dijumpai di dalam ubat penahan sakit (tanpa preskripsi). Gabungan dadah ini juga turut dijumpai bersama drug pemvasocerut seperti pseudoephedrine untuk ubat sinus, atau drug antihistamin untuk alergi.
Jenis-jenis ubat analgesik ialah:


2 .DADAH RERREASI

Dadah rekreasi ialah dadah psikoaktif yang digunakan untuk tujuan lain selain kesihatan dan kerohanian. Dengan ini, penggunaan dadah untuk tujuan mengurangkan insomnia dan mengawal selera makan turut tergolong dalam kategori "dadah rekreasi".

3. DADAH PENGALAK PRESTASI

DADAH DALAM UBAT ? BENARKAH ?

FUNGSI DADAH SEBAGAI UBAT





Ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit. Secara umum, ubat dibahagi kepada dua kumpulan tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan, dan dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor. Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walaubagaimanapun, perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang perundangan.
Ubat selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten, dipanggil ubat generik
.

 
Berhati-hatilah dengan sebarang ubat yang tiada kelulusan

Langkah-langkah sebelum mengambil ubat

Pemberian Maklumat
Ahli Farmasi perlu mendapatkan maklumat lengkap supaya nasihat yang betul dapat diberi. Oleh itu, sebelum mengambil ubat, anda perlu memberitahu doktor/ahli farmasi maklumat berikut:
  • Apakah simptom penyakit yang anda hidapi dan berapa lama sudah dialami.
  • Sekiranya anda telah berjumpa dengan pengamal perubatan.
  • Semua jenis ubat dan pemakanan tambahan yang diambil termasuk ubat dengan atau tanpa preskripsi.
  • Sekiranya terdapat sebarang alahan terhadap ubat, makan atau bahan-bahan lain.
  • Sekiranya merokok, minum arak atau tabiat bersenam.
  • Sebarang pemakanan khusus yang diamalkan: kurang gula, kurang garam atau pemakanan untuk mengurangkan atau meningkatkan berat badan.
  • Sekiranya hamil, merancang untuk hamil atau menyusukan bayi.
  • Sejarah penyakit keluarga.
Baca Label Ubat
Maklumat yang terdapat pada bekas ubat mengandungi maklumat penting. Label ubat mungkin berbeza namun maklumat yang didapati adalah seperti di bawah:
  • Nama anda
  • Nama dan kekuatan ubat
Manakala arahan cara memakan ubat adalah seperti:
  • Menjaga kuantiti dan kekerapan penggunaan ubat yang perlu diambil sebelum, selepas atau bersama makanan.
  • Langkah berjaga-jaga seperti jangan mengambil ubat bersama alkohol dan minuman bergas / berkarbonat dan makanan pedas, berasid dan beralkali kuat dan tinggi.
  • Secara amnya, ambil ubat selepas makan. Ini adalah untuk membantu supaya anda tidak lupa untuk mengambil ubat dan mengelakkan kesan ubat pada perut secara terus.
  • Sesetengah ubat, contohnya Penicillin perlu diambil semasa perut kosong kerana makanan boleh mengganggu keefisyiensi penyerapan ubat.
  • Sila bertanya dengan ahli farmasi sekiranya terdapat sebarang keraguan.

Arahan dilabel ubat perlu dipatuhi dengan teliti. Contohnya adalah seperti berikut:
AMBIL SEBELUM MAKAN
Ambil ubat satu jam sebelum makan dan TIDAK dua minit sebelum makan, atau dua jam selepas makan. Sesetengah ubat perlu diserap dengan cepat supaya dapat bertindak dengan lebih berkesan. Sekiranya terdapat makanan di dalam perut, maka kesan penyerapan ubat akan berkurangan atau hilang. Namun jika anda terlupa mengambil ubat sebelum makan anda perlu ambil dua jam selepas makan ketika perut kosong.
AMBIL SELEPAS MAKAN
Ambil ubat lima hingga sepuluh minit selepas makan untuk mengelakkan kesan gastrik.
AMBIL BERSAMA AIR
Ambil ubat bersama segelas air kosong supaya memudahkan ubat sampai ke perut. Jangan mengambil bersama air manis seperti kopi, teh, dan lain-lain minuman kecuali dengan arahan doktor/ ahli farmasi.
JANGAN KUNYAH, TELAN UBAT SEPENUHNYA
Sesetengah ubat makan terdapat satu lapisan di atasnya, di mana lapisan ini akan hancur dan ubat dapat diserap sebaik sahaja sampai ke perut. Lapisan ini bertindak sebagai pelindung untuk mengelakkan kesan gastrik dan fungsi lain juga sebagai kawalan terhadap kadar serapan ubat di perut. Oleh itu jika dikunyah lapisan ini akan hancur dan penyerapan ubat yang berkesan tidak dapat dicapai.
AMBIL SELEPAS ATAU BERSAMA MAKANAN
Sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan gastrik oleh itu ambil selepas atau bersama makanan.
AMBIL UBAT PADA MASA DITETAPKAN DAN SAMPAI
Sekiranya anda ambil antibiotik untuk jangkitan, pastikan anda habis makan ubat tersebut walaupun anda sudah berasa sihat. Ini kerana bakteria masih terdapat di tempat jangkitan dan sekiranya ubat gagal dihabiskan, bakteria tidak akan sepenuhnya mati dan jangkitan boleh berulang. Kesan lain sekiranya ubat tidak habis dimakan ialah ia boleh menyebabkan kesan rintangan. Ini bermaksud bakteria tersebut tidak dapat mati dengan antibiotik yang sama menyebakan antibiotik yang lain perlu digunakan.
BOLEH MENYEBABKAN MENGANTUK. (JIKA ADA KESANNYA, JANGAN MEMANDU KENDERAAN ATAU MENGENDALIKAN MESIN)
Sesetengah ubat boleh menyebabkan mengantuk. Minta nasihat ahli farmasi sekiranya terdapat sebarang keraguan.
JANGAN AMBIL UBAT DALAM GELAP WALAUPUN ANDA PASTI DIMANA LETAKNYA
Perkara label seperti ini penting bagi mengelakkan pengguna ubat boleh tersilap dari menggunakan ubat yang sepatutnya digunakan selain mengelakkan berlaku penyalahan penggunaan dos ubat serta mengelakkan kemalangan ditempat gelap.