Kini semakin ramai rakyat Malaysia yang memilih mengamalkan cara hidup
sihat. Lebih mudah untuk mengekalkan kesihatan yang baik sekiranya anda
tahu mengamalkan cara hidup yang sihat.
Anda akan kelihatan hebat, rasa
sihat dan lebih bertenaga untuk menikmati kehidupan. Mulakan dengan
makan secara sihat. Nikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid
makanan yang terdiri dari empat aras makanan. Aras satu mengandungi
pelbagai jenis bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian. Aras dua pula
terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Daging dan kekecang
berada di aras tiga begitu juga dengan susu, dadih dan keju. Mana kala
gula, garam, lemak dan makanan yang tinggi dengan kandungannya berada di
aras empat.
Lebihkan makan makanan yang berada di aras paling atas,
Seimbangkan dan pelbagaikan pilihan makanan daripada setiap aras dan makan
mengikut waktu yang teratur untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan
makan malam. Pilihlah snek yang berkhasiat, elakkan mengambil snek pada
waktu yang hampir dengan waktu makan utama.Makan dengan jumlah yang sepatutnya
, minumlah enam hingga lapan gelas air sehari. Makan secara
berlebihan dan kekurangan aktiviti fizikal akan membawa kepada obesity.
Gunakan indeks jisim badan (BMI) atau IJB untuk menentukan berat badan sama ada anda
mempunyai berat badan yang sihat. Untuk mengira IJB anda, bahagikan
berat badan anda dalam kilogram dan ketinggian anda dalam meter persegi.
IJB di antara 18.5 dan kurang daripada 25 adalah berat badan yang
sihat. Jika IJB anda 25 dan ke atas ini bermakna anda berlebihan berat
badan.
Lakukan aktiviti fizikal untuk kesihatan anda. Gabungkan aktiviti
fizikal seperti berjalan, mengemop lantai, menaiki tangga dan bermain
sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Bersenamlah tiga hingga lima kali
seminggu sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit setiap sesi untuk
kesihatan jantung.
Libatkan diri dalam aktiviti aerobic seperti berjalan
pantas, berjoging, menunggang basikal, bermain atau bersukan.
Memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkan badan selepas bersenam
dapat menghindarkan kecederaan dan meningkatkan prestasi. Pakailah
pakaian yang longgar dan ringan serta kasut yang sesuai.
Minumlah air
yang secukupnya sebelum, semasa dan selepas bersenam. Jangan sesekali
bersenam sekiranya anda tidak sihat atau mengalami sakit-sakit badan
atau ketidakselesaan. Bersenamlah dengan cara yang betul dan selamat
supaya anda lebih bertenaga dan bertambah kuat.
Bidang sukan yang boleh diceburi :
- badminton
- bola sepak
- bola baling
- bola keranjang
- bola jaring
- sepak takraw
- rejam lembing
- lontar peluru
- rugby
- lompat jauh
- lompat tinggi
- lari pecut