Kerajaan Malaysia telah mengharamkan penanaman,pengeluaran,import,eksport dan memiliki dadah dalam akta ini.Dadah seperti heroin,ganja dan morfin digunakan untuk mengubah akal dan fikiran kita.Dadah-dadah dikenali juga sebagai dadah yang disalahguna.
JENIS DADAH DI MALAYSIA
Terdapat pelbagai jenis dadah di Malaysia. Antaranya,ialah dadah jenis opiat dan stimulan.Dadah opiat berasal dari getah pokok popi. Manakala, stimulan pula berasal dari bahan kimia psikoaktif yang berbahaya . Selebihnya pula biasanya berasal dari tumbuhan seperti daun koka dan ganja.
CANDU
Candu ialah sejenis narkitik yang mampu memperlahankan sistem saraf tunjang.Candu dihasilkan daripada getah pokok popi yang berwarna putih dan kemudian bertukar menjadi warna perang kehitaman. Ia mempunyai bau yang sangat kuat.
MORFIN
Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses dari candu mentah.Dalam pasaran gelap ia dikenali sebagai morfin mentah, morfin bes, morfin hidroklorik dan morfin sulfik.
HEROIN
Heroin ialah dadah yang paling banyak disalahguna di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen ialah serbuk putih yang pahit.Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda dari morfin.
KODEIN
Kodein ialah bahan alkaloid yang wujud semula jadi dalam candu. Walaubagaimanapun dalam pasaran, kebanyakan kodein dibuat dari morfin. Dalam perubatan kodein digunakan sebagai ubat batuk dan bius.
OPIAT SINTETIK
Opiat sintetik meliputi dadah seperti methadone, pethidene dan dipipanone. Bahan ini mempunyai sifat yang sama seperti opiat. Dalam perubatan opiate sintetik digunakan untuk melegakan kesakitan.
AMFETAMIN
Amfetamin ialah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini, tiada ubat seperti amfertamin didaftarkan dibawah pihak berkuasa. Dadah seperti amfertamin adalah sangat berbahaya.
METHAMPETAMINE
Methampetamin sejenis dadah stimulan. Lazimnya, dimalaysia ia dikenali sebagai syabu.Dadah ini tiada fungsinya lagi dalam bidang perubatan. Nama lainya pula ialah ICE.
KOKAIN
Kokain serbuk putih yang berasal dari daun koka.Kokain ‘FREEBASE’ adalah bes kokain yang bebas dari segala campuran dalam bentuk tulen dan dihisap dengan paip khas.Ia boleh didapati di peru.
PIL ECSTACY
MDMA merupakan analo meskalin dan amfetamin . Ia dipaggil ‘FEEL GOOD DRUG’ kerana meningkatkan daya tahan kepada pengguna.Pil ecstacy seringkali dijadikan ikon kepda pengguna muda.
GANJA / KANABIS
Ganja berasal daripada daun pokok kanabis sativa. Ia juga bahan yang sangat kompleks dan mengandungi 421 bahan kimia. THC merupakan bahan kimia yang utama.